Buscar

Páginas

taaruf...=)

My photo
i luv to write although i not a gud writer...juz to share something dat i can share...this is da place to me to think n make me become a better person...

(@_@)

Powered By Blogger

azam!!!!!!!

"....Lagipun, aku tak boleh terima kalaupun aku dapat 4.00, tapi sepanjang sem aku hanya duduk kat bilik, study.. Lagi bagus orang yang dapat bawah 3.5 tetapi sepanjang semester dia aktif mengumpul pengalaman. Tapi lagi rugilah kalau result dibawah 3.00, tetapi dia pada dasarnya pemalas dan tak mengumpul apa-apa pengalaman pun selain main, main dan main. Ciri Melayu tipikal zaman dahulu!!!!...."


SUKA MEMBUATKAN AKU TERFIKIR.

Aku suka ayat kat atas ni...kenapa????sebab ia membuatkan aku terfikirkan sesuatu...sebelum reg ni bermacam-macam list aku buat...list kain baju, list shopping, list barang dan bermacam-macam lagi lah...one of da list ialah list azam aku bila sambung degree nanti. Salah satu dalam list azam tersebut aku tak nak aktif dah dengan mana-mana persatuan...nak senyap je!!!! nak jadi ulat buku...agagagaga ~ ~ ~

Hahaha, giler kan...tp entah la bila aku baca perenggan di atas tu ia membuatkan ak berterusan berfikir …“ciri MELAYU tipikal zaman dulu”!!!! mmm???…ayat ni aku ambik dekat blog hamba ALLAH ni...tetibaa terjumpa time aku suka-suka search pasal pendaftaran di puncak alam nanti...

Yap, betul kata si blogger tu…PENGALAMAN...!!! itulah ilmu berharga yang aku dapat sepanjang aku aktif dengan UiTM SCIENCE CLUB dulu...aku sayang sangat club ni...aku antara 1st group dulu yang giler glomor nak wujudkan dan aktifkan club ni...akulah pelakon paling popular kerana hyperaktif sangat...ak antara penyebuk mpp agar club ni terus bernyawa dan tak kepincangan pelapis!!!!!

TAWAR HATI

Entahlah, mugkin itu satu teguran manis yang aku dapat!!! well, sebenarnya ada beberapa insiden yang buat aku betul-betul tawar hati...pernah suatu ketika bila aku tak buat sesuatu dan memang aku tak tahu menahu langsung pasal sesuatu tu ada beberapa pihak masih nak menunding jari ke arah ak aku...aduh, macam la aku tahu semua benda yang berlaku!!!!

Pernah juga bila aku tak nak suatu keadaan yang tidak meyenangkan berlanjutan dan cuba nak perbetulkan suatu keadaan dengan menerangkan apa yang benar-benar terjadi aku dikatakan meraih simpati….oittt!!! ingat aku pe...org lain yang buat hal kau masih nak salah aku, mentang-mentang lah aku cuba cool dan tak mengelabah cam kau dan berusaha untuk mengambil langkah berdiam diri, kau buat ak macam tak ada perasaan lak...pleasea la!!!!

Aku juga agar fobia bila nanti tak pasal-pasal aku akan berkerjasama dengan orang yang ego dan riak tahap gaban!!! nak dengar cakap dia je betul...langsung tak matang dan tak rasional...bukan nak bertenang dulu…then, duduk berbincang dengan baik pe yang kusut...tapi dia yang jadi tukang huru-hara hingga nak kecoh satu dunia...!!!! susah la kalau jumpa jenis yang emosional dan panas baran ni.

Hehehehe...emo lebih la pulak kan...tapi secara tak langsung aku lebih mengenali diri aku bila insiden-insiden macam itu berlaku…yang pasti aku yakin aku ada ciri-ciri manusia pendendam...cuma mungkin aku dianugerahkan dengan sedikit kesabaran bila masalah yang dijangka muncul...kalau aku ikutkan hati memang dah rasa macam nak santau biar mampus!!!!!!!! Astaghfirullah al-Azim ...sabar...sabar...ikut hati memang mati, jahat giler ak...pe pun nasib baik aku masih waras kan!!!!

Aku masih ingat kata-kata abah orang buat salah perkara biasa, kalau tak buat salah tu yang luar biasa…manusia ni tak pernah sempurna!!! Kalau itu kekurangan dia mugkin itulah kelebihan kita dan begitu jugak sebaliknya…sebab itulah walau dia tak pernah nak mintak maaf kerana bagi dia mungkin dia memang betul aku cuba cari alasan untuk memaafkan…pernah aku baca dalam blog lect aku yang kemaafan adalah apabila kita melepaskan hak kita untuk menyakiti orang yang telah menyakiti diri kita…mmm, ALLHAMDULILLAH akhirnya aku dapat lalui saat-saat itu....really appreciate family, kawan-kawan dan lect yang banyak bagi nasihat...

ALASAN

Okey, aku dah melalut ni...mmm, berbalik pasal azam aku tak nak akif berpersatuan time degree ni... bila aku pikir dan pikir balik tak musnasabah la...kenapa???

1st…sebab kat UiTM kalau nak duk kolej kdiaman mmg anda diwajibkan aktif dengan aktiviti berpersatuan....aku search setiap student kena ada sekurang-kurangnya 5 kupon aktiviti luar untuk mohon tinggal di kolej kediaman...memandangkan abah agak berat nak lepaskan aku duduk rumah sewa yang agak jauh dengan fakulti nak tak nak aku kena berusaha tinggal di kolej kediaman sehingga tamat pengajiaan...

Ak jugak pernah search yang rumah sewa paling murah ialah RM100 per month yang aku kena bayar selama 6 bulan walaupun time tu aku tak tinggal pun kat rumah tersebut kerana student cuti sem, alamakj!!!mahal tu wok!!! Kalau dapat kolej kediaman bayar RM420 je kalau tak silap…

memang kering la aku woi!!!! dah la rumah sewa jauh then, mahal lak…tu tak masuk duit transport lagi beb!!!! Silap hari bulan kopak aku…memang kena catu la makan tiap-tiap bulan...hohohoho, dah la aku speseis kuat makan…aku memang tak leh hidup makan Maggie tiap-tiap hari…mau datang maigrain balik…

2nd…aku amat tertarik dengan isu pengalaman ni...after aku habis diploma oleh kerana banyak sangat masa terluang aku suka duduk depan lappy dan bila duk sesorang tu kadang-kadang teringatkan balik memori lama dengan kawan-kawan yang pelbagai kerenah dan pengalaman suka duka dekat kolej dulu...betul la kata orang, bila dah berjauahan baru terasa rindu…miss sangat setiap saat dan ketika dekat kolej dulu…hehehehe, pelik kan…dulu nak sangat cepat habis sekarang rindu-rinduan lak…ada-ada je lah…(~^_^~)

Hohohoho, entah la apa –apa pun aku bangga setiap perkara yang aku lakukan masa dekat kolej dulu...walaupun aku tak ada lah pandai dan pointer aku ala kadar je masa awal-awal sem tapi berkat kesungguhan dan sokongan lect yang langsung tak kenal erti penat bagi nasihat akhirnya aku berusaha lakukan yang terbaik di akhir-akhir sem sehingga dapat jugak 3 above, tapi apa pun terkilan sebab tak pernah merasai dekan…namun aku puas sebab aku dapat buktikan sesuatu untuk diri aku sendiri…setiap subjek ada peningkatan contohnya macam chm n bio at least percapaian tertinggi aku leh buktikan aku jugak boleh dapat A ataupaun B walaupun tanpa ++++….walaupun aku terkilan kerana tak sempat kejar cgpa tetapi aku tak menyesal, sekurang-kurangnya aku dapat cgpa yang Ketua Jabatan aku, En Wan hendakkan.

Pengalaman yang aku dapat sepanjang aku handle atau join pelbagai program sememangnya tidak sia-sia.Ia sedikit sebanyak memberi impak yang besar untuk aku berusaha memperbaiki kelemahan diri agar agar dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Sebenarnya, 1st program yang aku sertai pun memberi impak yang besar dan kenangan paling menarik, hehehehe seronok sangat...^_^

Masa program tu time buat satu acara muasabah diri dekat satu sekolaha ni ada seorang pelajar tu menangis teruk sampai lembik...aku ingat kenapa la, rupa-rupanya pelajar tersebut ada buat salah kat mak dia...oleh kerana pelajar tu agak lemah aku dan 2 orang lagi fasi disuruh hantar pelajar tu balik ke rumah...untuk sampai ke rumah pelajar tu dah la kena tempuh semak belukar...sampai rumah pelajar tu dan tengok rumahnya yang amat-amat naif buat aku sedikit tersentuh, sehingga terdetik di hati aku yang itu bukan rumah tapi pondok!!!!..ada lagi ke orang tinggal kat rumah macam ni zaman sekarang????simpati ak membuak-buak…then, pelajar tu terus panggil mak dia dan terus peluk kaki mak dia sambil mintak maaf dan berjanji nak belajar bersunguh-sungguh...

Ya ALLAH, tuhan je tahu perasaan aku...aku sebak...!!! tak sangka adegan yang selalu aku tengok dekat tv sekarang betul-betul wujud di depan mata aku…yang pasti aku bangga kerana sedikit usaha utuk memotivasikan pelajar-pelajar pendalaman ketika itu setidak-tidaknya membuahkan sedikit hasil, syukur...^_^

okey, nak cerita semua aktiviti yang aku penah handle atau join memang panjang...semua bagi ak ada kenangan tesendiri yang pasti tak luput dek ingatan…best dan seronok walau ada sesetengah hal buat aku rasa down yang amat sangat...tapi itu semua pengalaman dan aku berjaya menjadi aku yang sekarang adalah kerana pengalaman...terlampau banyak benda aku belajar sebenarnya, namun sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata...bagi aku pengalaman itu tak mungkin boleh diajar namun ianya mengajar...

3rd…Aku terfikr macam mana hendak isi masa lapang...tak kan nak study 24jam kan... boleh ke???? kalau aku mmg tak jalan la...tambah-tambah aku risau nanti tak pasal-pasal aku terjebak dengan isu-isu yang bertentangan dengan prinsip ak...isu pe tu??? yang paling aku risau isu hati n perasaan!!! yap, time berpsatuan dulu tak dapat disangkal ada gak hati ak tersalah jatuh, hehehehe…dan ada jugak isu-isu yang tidak profesional melibatkan jawatankuasa sehingga aku pun naik pening...well, ALLHAMDULILLAH aku still dapat pegang prinsip aku...ingatan amanat abah yang amat percayakan anak dara dia seorang ni sebaik mugkin aku jaga!!! walaupun aku lahir dalam family yang biasa-biasa je aku bersyukur kerana aku membesar dengan kawan-kawan yang cukup luar biasa pada kiraan aku...kalau nak diikutkan, walaupun abah aku nampak je macam garang tapi abah amatlah sporting sangat100x, cuma aku cuba belajar tidak mengambil kesempatan di atas segala kebebasan yang abah berikan...

Sebenarnya rakan-rakan lah yang bayak mengajar aku nilai hidup islam ini...merekalah yang tidak ralat memperkenalkan aku dengan pelbagai buku ilmiah...merekalah yang suka mengajak aku sama-sama untuk join ushrah bagi berkongsi ilmu dan mereka jugalah yang bagi aku teladan yang amat baik utuk aku contohi sehingga kadang-kadang jika aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya aku serta-merta menjadi segan yang amat sangat dengan mereka…dari ak kecil sampai dah masuk kolej aku sentiasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang hebat nilai islam dan imannya...syukur sgt2...seperti sabda Baginda Rasulullah :

”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

InsyaALLAH, walaupun orang kata aku orang kampung dan ketinggalan zaman selagi boleh aku harap sangat aku mampu jaga hati dan perasaan ak untuk kekasih halalku, heheheh cam best je sebut kekasih halal kan…well, yakin dengan janji ALLAH…kalau ada jodoh tak akan ke mana…kadang-kadang pernah juga terdetik keinginan nak couple-couple ni bila melihat sesetengah member aku punyalah romantik dengan teman masing-masing…tp jauh di lubuk hati aku rasa tak selesa sebenarnya…bagi aku sesetengah benda tu lebih layak dibuat oleh pasangan yang bergelar suami dan isteri…namun apa pun aku berdoa sangat semua kawan-kawan aku yang couple tu cepat-cepat kawin dan berkekalan hingga anak cucu…=)

sebab tu la ak mesti pertimbangkan balik isu aku henadak stop aktif berpersatuan ni...bila aktif sekurang-kurangnya tak ada masa lah sikit untuk lakukan benda yang seboleh-bolehnya aku nak elakkkan...tambahan pula firasat aku tak ada pelajar normal yang boleh menghadap buku 24jam tanpa rest otaknya dengan aktiviti yang relax dan santai...tambahan pula, zaman sekarang ni tak semua yang perlu kita belajar boleh belajar terus dari dalam buku...kehidupan dekat luar ni kena diterokai, barulah hidup namanya...teringat pesanan seorang lect aku, "...jangan kamu jadi macam saintis kuno, dah berjaya temui ubat untuk melawan wabak penyakit ketika itu, namun terkurung di dalam gua tak nak keluar atau sebenarnya takut untuk keluar...orang ramai dekat luar dah ramai mati sebab wabak...dia walau bijak pandai langsung tak berguna untuk masyarakat!!!..."

KESIMPULAN

Banyak betul aku membebel hari ini kan…untuk aktif atau tidak berpersatuan nanti aku akan mempertimbangkan dengan sebaiknya…sekarang aku dah dapat peluang untuk sambung sesuatu yang aku minat..berjaya atau tidak aku yang tentukan…Cuma baru tadi aku dapat respon daripada kakak senior yang nanti pada sem3 aku akan belajar subjek yang totally bio pure punya yang agak killer…so, moga-moga aku leh aturkan masa aku dengan lebih baik untuk pengajian time degree ni…moga aku beroleh kejayaan…

p/s : akhirnya aku dapat tahu iqa pun akan sambung degree in health admin ni…okey what at least ada orang yang aku kenal…aku tabik spring la kat akak-akak senior kat kolej dlu…mostly layan je pertanyaan aku pasal uitm puncak alam dan cos yang aku akan pelajari walaupun ramai daripada mereka study dekat uitm shah alam...yelah, mostly ramai sambung bio n chm macam budak batch aku sekarang gak…(>^_^<)

~ ~ ~ MENCIPTA LANGKAH YANG TEPAT ~ ~ ~

0 kaki-kaki kepoh yang best:

song of my life