Buscar

Páginas

taaruf...=)

My photo
i luv to write although i not a gud writer...juz to share something dat i can share...this is da place to me to think n make me become a better person...

(@_@)

Powered By Blogger

Jiwa Kosong

Duhai insan
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman
Kekasih hati yang prihatin
Pengisi jiwa ragamu itu
Tapi tahukah kamu
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan
Sering pula ia mengecewakan
Selagi dia belum halal untukmu
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu
Kamu dan dia belum ada ikatan
Itu hakikat!
Meletakkan harapan..
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan
Kerana semuanya, masih tiada kepastian

Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu
Berimanlah
Yakinilah
Bahawa Dia itu sentiasa dekat
Amat-amat dekat
Amat amat amat dekat

Dia tahu kamu sedang berduka
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu
Dirimu itu milikNya
Dan padaNya jua ada pengubat jiwamu yang lara

Isi hatimu..
Dengan cintaNya
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya
Pengharapan yang kamu gantung hanya padaNya
Sungguh
Ia dapat menenangkan jiwa
Setenang-tenangnya

Bertawakkallah kepadaNya
Yakinlah
Dia punyai aturan untukmu
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka

Duhai insan
Isi hati kecilmu itu..
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada. . .

---
slave of Almighty
gantungkan hatimu padaNya
Dia tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya
10|08|23


p/s :aku sombong!!!!! mmm.....terpulang la...yang pasti jiwa aku yang kosong ini sentiasa terisi....tiada tempat untuk mereka yang masih tidak mengerti.....maaf ~ ~ ~ ~

bila fikir balik...sedih lak ngan apa y terjadi....!!!!! adus, dugaan zaman junior mmg cam ni kan....windunya, zamn jd senior kt KPTM dulu....moga aku punya kekuatan seperti dulu dan moga bertambah kekuatan aku.....insyaALLAH ~ ~ ~
~ ~ ~ moga hati ini teguh ~ ~ ~

0 kaki-kaki kepoh yang best:

song of my life