
Okeylah, aku citer cikit bab raya ni….Sebenarnya, raya kali ni lagi havoc kerana bersatu dengan kenduri kawin sepupu-sepupu aku…semua family berkumpul…lagi bertambah cerita, lagi berasap telinga!!!…mmm, lupa seketika aku ni dah besar rupanya.. “…dah boleh dibuat menantu…” ayat makcik-makcik yang selalu buat aku terkedu!!!!…uishhhh, tak sangka pula banyak jugak soalan yang diasak kali ni…siap ada yang bagi amaran lagi kena kawin umur sekian dan sekian!!!! Lagi parah bila timbul bab calon…berpeluh jugak la aku!!! zaman dah berubah kan, orang tua-tua zaman sekarang semakin faham yang budak-budak muda sekarang dah semakin advance…aku je diantara puak-puak minoriti yang kuno!!! Entah la…kalau aku kata aku tak ada calon orang tak caya kan, so aku bagitau makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak dan segala tok nenek mintak diorang tolong carikan je kalau aku betul-betul sampai seru nak naik pelamin….

Mmm, bila fikir-fikir balik kan…boleh ke aku kawin dengan pilihan keluarga ni…takut gak!!! Tambah-tambah orang tersebut pastinya aku tak kenal…tertanya-tanya gak la siapa lelaki yang bertuah tu kan….hehehehehehe, bertuah ke??? Okey la, bertuah la jugak kan…bukan mudah nak menjaga cinta untuk lelaki yang halal bergelar suami kan…aku tahu, ramai lagi perempuan yang lebih baik…bertudung litup, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan iman terpelihara…sejuk mata memandang!!! begitu kagum dan hormat wanita-wanita sebegini…aku pulak manusia yang selalu kecundang, iman aku pun sentiasa turun naik…masih bermujahadah untuk istiqamahkan hati…masih berusaha untuk kosistenkan akhlak…masih berjuang meningkatkan diri supaya tidak terus hanyut dan tenggelam dalam arus duniawi…terlampau banyak benda yang perlu dibaiki…jadi aku kenalah sedar diri kan..!!!!
Teringat lagi kata-kata insan tersayang ketika saat-saat riang-ria dahulu kala :
“ kak ngah, jodah itu urusan ALLAH!!! Ukur baju di badan sendiri…ALLAH itu maha adil....maha penyanyang…macam mana kita, macam itulah jodoh kita…kalau baik budi pekerti, iman dan amal kita, maka begitu jugaklah pasangan kita…”
Mmm, sayu lak hati bila teringat nasihat yang penuh dengan isi tersurat dan tersirat ni….uishhhh, masih jauh aku dalam mengejar cinta ALLAH, sibuk memikirkan cinta manusia…padahal cinta manusia itu hanya pantulan cinta ALLAH kepada kita…kerana kita cintakan ALLAH, maka ALLAH kurnikan nikmat cinta manusia yang baik untuk kita sebagai ganjaran kita cintakan ALLAH…betul tak???

Lol!!!! Dari jiwa ke raya, dari raya ke kawin, dari kawin ke jodoh, dari jodoh ke cinta lak kan….mmm, bila benda ni saling kait-mengait maka hidup ini tak pernah mudah...yang pasti ada je dugaan yang datang mengejut untuk menceriakn hidup…. Bila ia melibatkan hati dan perasaan, hati aku sebenarnya tak pernah yakin!!! Walau aku berani berdiri di depan ribuan orang, walau aku petah menyuarakan pendapat dan walau seyakinan mana aku perjuangkan isu-isu yang sememangnya hak…namun, aku akan terus menikus bila ia melibatkan isu hati dan perasaan, aku hanya mampu diam membisu bila isu ini diungkitkan dan aku langsung tiada keyakinan untuk pertahankan hak dan perasaan sendiri…kerana apa???? Kerana aku sendiri takut akan kebenaran yang bakal aku temui nanti…oleh sebab itu, aku lebih suka menguji…walau aku sedar aku tiada hak melakukannya!!!…aku inginkan akal yang waras mentafsir, bukan hati dan perasaan yang lemas dihayut arus duniawi memilih. Alhamdulillah, aku senang dengan jawapan yang ditafsir akal…


3 kaki-kaki kepoh yang best:
Ifffaaa!!!!!!erkk panjang betul cerita kamu sampai naik pina mato aku baco..doh la tulisan warna biru!!hahaha....takper..dunt worry..if u need someone untuk menjadi pendengar....just msg me..hahahahha...k..love u...mmuuahhhh!!!
Sabar jer lah dgn segala ujian huhhu
iiifaaa!!!!!!!!!! rindu lahhhhh kat awokk...hikhikhik....
hohoho!!!!
ak nak wak tulisan warna puteh la...
xthu bakpo beronar benar belog ak loni...nagu kot, lamo tok bukok...hehehehe, miz u gak dear....muah...muah...muah....
Post a Comment