Buscar

Páginas

taaruf...=)

My photo
i luv to write although i not a gud writer...juz to share something dat i can share...this is da place to me to think n make me become a better person...

(@_@)

Powered By Blogger

Hanya insan-insan terpilih yang diuji ~ ~ ~

Memang naik bersawang belog aku ni...kalau rumah la tinggal cam ni orang tua-tua kata leh naik hantu jembalang....hehehehehe!!!! sebenarnya, ada je masa kalau nak “mencelah” untuk menulis kat belog ni tapi sejak akhir-akhir ni aku lebih suka terjah belog-belog orang lain di samping search artikel-artikel menarik di Mr. Google …tak pun baca note-note yang mencuit hati di fb...best gak merewang cari semangat n baca kisah-kisah orang yang pelbagai ragam ni....

kalau dulu mudah sangat aku nak luahkan apa je kat belog ni...tapi sekarang untuk menaip pun tangan aku tiba-tiba jadi kaku, otak lak jem semacam...entah la!!!! banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sekarang tak mampu terluah dek kata-kata dan lebih parah nak menyusun kata menulis secara tersirat pun susah...tapi ALHAMDULILLAH, aku bersyukur sangat dapat sahabat-sahabat yang memahami...kadang-kadang bila down r stress ni mereka-mereka ni tak perlu cakap apa pun xpe...cukup untuk mereka-mereka ni berada di sisi time aku amat-amat memerlukan...sangat-sangat bersyukur...at list aku punya semangat n kekuatan...


Prinsip

Bagi sesetengah orang hanya orang-orang “sekema” je kot punya prinsip ni…tp bagi aku prinsip-prinsip yang aku “sukarela” bina dalam hidup aku ni adalah sebagai "guideline" untuk aku mengharungi hidup yang penuh cabaran ni. Yap, rambut sama hitam…tp hati lain-lain…apa yang kita hadkan dalam hidup kita mugkin akan dipandang “asing” oleh pihak-pihak lain…malah ada yang mengangap lucu dan kolot…dan apa yang bertambah parah. kalau tak kene cara boleh pulak free2 dicop biadap…menolak sesuatu yang biasa dibuat tetap terang-terangan salah dalam alam reality amat-amat susah…pelik dengan sesuatu perkara dan terus beterus-terang dengan perkara-perkara tertentu kadang kala boleh disah ertikan…kadang-kadang disinilah kesabaran perlu dipupuk….kenapa orang lain boleh salah faham dengan setiap ayat, kata-kata atau tindakan kita…dalam mencari salah orang dan terkilan dengan “diskriminasi” mereka ini, aku lebih suka “post-morteem” dan “re-check” balik diri sendiri…

Yap, banyak-banyak muasabah diri dan ingat ALLAH…sebab itu apa sahaja tindakan atau perkara kita buat kita wajib betulkan niat kerana ALLAH….mmm, ya aku sedar aku bukan orang hebat untuk bercerita berkenaan hal agama ni…masih kurang sana sini, masih lopong luar dalam…tidak bersekolah agama jauh lagi menghafal hadis itu ini…namun, ilmu itu perlu dicari…bila bertemu perlu diamalkan pula…ibarat menanam sepohon pokok…sukar bukan bagi seseorang yang tak pernah tahu menahu untuk menjaga pokok tersebut melakukan amalan-amalan rutin seperti menyiram, membaja dan menyembur racun perosak pada mulanya…namun, berkat usaha bukan susah untuk seseorang itu tahu bagaimana melakukan kerja-kerja rutin untuk menanam pokok dan akhirnya rutin-rutin yang sentiasa diamalkan akan menjadi semakin sebati dalam diri hingga melahirkan buah-buah yang berkualiti tinggi…lihat hasilnya kan!!! Dan begitu juga dengan reality kehidupan ni…


Muasabah dan berfikir….

Muasabah bagi aku adalah elemen penting dan wajib dilakukan dalam hidup setiap individu pada setiap hari…sebelum tidur, jadikan amalan untuk kita muasabah diri dengan merenung dan mengingati kembali tindak-tanduk kita seharian…jika ada yang salah atau terpesong, tanam niat dalam hati untuk bermujahadah menbetulkan diri dan menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini…cuba amalkan sucikan hati untuk memaafkan orang dan menghilangkan segala perit rasa terkilan agar tidak timbul dendam…setiap manusia itu ALLAH kurniakan dengan kelemahan dan kelebihan tersendiri…ya, aku sendiri pun sedar…bukan mudah nak memaafkan orang ni tambah-tambah bila perkara-perkara tersebut menyentuh keperibadian dan maruah…namun, kalau kita berjaya amalkan nilai murni “memaafkan orang” sebelum tidur ini, pasti tidur kita akan bertambah sempuna… “confirm” lena sehingga ke pagi!!!!

Setiap individu perlu bijak muasabah dirinya…jangan berat sebelah dengan melihat kelemahan dan kesilapan orang lain sahaja…besar sangat ke kita ini sehingga sukar untuk memaafkan orang, hebat betulkah kita ini untuk terus angkuh bersulam ego…sedangkan nabi ampun umat, inikan pula kita insan kerdil yang tak punya apa-apa…secara tak langsung di sini lah ilmu memainkan peranan…kita sendiri tahu yang ALLAH itu MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENYAYANG…walhal kita semua sedia maklum, bertapa agungNya kuasa ALLAH…namun, DIA masih menjanjikan pengampunan kepada hamba-hambanya yang berdosa dan bergelumang dengan maksiat…dalam Al-quran pun jelas dinyatakan :

“…Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang….” (An-Nahl:119)



Berlapang dadalah…

Sebenarnya setelah muasabah diri, pasti dalam jiwa hamba-hamba ALLAH yang beriman itu akan terselit rasa kerdil dan malu terhadap keangkuhan mereka terhadap yang khalik …maka rasa “kehambaan” itulah yang mendorong manusia menanamkan niat kerana ALLAH dalam setiap amalan dan perbuatannya sehariannya…

“…katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…” (Al-An`aam:162)

Bila cara kita muasabah diri itu sudah tepat dan niat sudah betul, insyaALLAH untuk melakukan sebarang perkerjaan akan timbul rasa ikhlas secara “automatik”…terasa ringan dan lancar sahaja untuk melakukan apa-apa perkerjaan pun…malahan jika tiba-tiba ada “external” problem yang datang mengangu gugat pun hati pasti lapang dan sabar untuk menempuhinya…

Apa yang menariknya, rasa ikhlas yang terbit ini pula boleh menwujudkan rasa ketenangan yang amat sangat dalam kehidupan…ini kerana bila anggota badan ikhlas menurut sudah pasti hati tenang mengikut…tiada rasa serabut dan tergangu dengan dugaan dan ujian yang tiba-tiba datang tanpa dijemput…kerana hati yang telah ditarbiah pasti sudah yakin “tetamu yang tidak diundang” itu pastinya membawa seribu satu rahmat kepada “tuan rumah” …tiada apa yang perlu dikhuatiri sebenarnya…maka “berlapang dadalah”…yakin dengan janji-janji ALLAH…pasti ada hikmahnya jugak!!!! Sudah cantik aturan dan perjalanan hidup yang ALLAH cipta buat setiap hambanya, yakinlah ALLAH hanya menguji hambaNya yang mampu…bertapa bertuahnya menjadi insan-insan terpilih yang diuji….maka bersyukur dangan apa yang telah ditetapkan, amin ~ ~ ~


0 kaki-kaki kepoh yang best:

song of my life