
Tetiba ada mood nak upadate, padahal banyak sangat kerja depan mata sekarang...esok ada program Karnival Sukan Rakyat lak, malam tadi sempat lagi pergi majlis penutupan FIESRA...mmm, entah la...tetiba mood kacau lak...padahal pagi-pagi urusetia dah diingatkan untuk "set-up" tempat seawal 6.45pg...uishhhh, time ni leh lak tak dapat tidur lagi kan...
Actually nak citer cikit pasal Reforce yang aku pergi jumaat lepas...niat sebenar agak serong kot nak pergi, hehehe...niat nak jumpa ustazah sebenarnya pergi ReFORCE aritu sebab nak bagi cenderahati kerana CiTU ada bagi sumbangan untuk program OPKIEM R3 baru-baru ini....niat kedua lak nak elak tidur petang-petang hari, hehehehehe..last-last aku agak terkejut gak la person in charge ReFORCE aritu adalah saudara Afiq mantan Press Force...okeylah, nak citer cikit pasal ReForce ni...actually ni salah satu program ala-ala usrah yang dikendalikan oleh Persatuan Force iaitu sebuah persatuan sukarelawan dan bencana di UiTM Puncak Alam ni...memang everyweek ada, Kak Nawa Vice Press Force ni sangat rajin hantar mejes ingatan tuk hadir ReFORCE...Alhamdulillah, setakat ni...jika ada kelapangan suka je aku join...=)
Tajuk ReForce yang saudara Afiq perbincangan aritu adalah mengenai "hijab"...mmm, aku tak nak menulis panjang...hanya sedikit rumusan sebab aku amat tertarik dengan salah satu persoalan menarik yang saudara Afiq lontarkan....dia bertanya kepada ahli usrah ;
"Perempuan ni nak lelaki pandang mereka sebagai apa sebenarnya?"
hehehehehe...soalan yang menarik kan...yap, banyak gak jawapan...ada yang kata mereka nak lelaki pandang mereka cantik la, bijak la, berdikari la n bla...bla...bla...
Satu ilmu baru jugak aku dapat bila hadir ReFORCE aritu...kenapa???? sebab isu-isu yang dikupas oleh saudara Afiq ini dibicarakan dari perpektif kaum Adam jugak...INGAT lagi kata saudara Afiq ni....
" lelaki kalau pandang perempuan memang benda pertama dia akan lihat adalah kecantikan...memang perempuan itu diciptakan cantik dan indah...namun bila lelaki mengenali islam dan menjaga pandangan kecantikan itu dia dah tak akan pandang...benda utama yang dia akan pandang idea-idea, prinsip-prinsip dan akhlak seorang perempuan...bukan hanya melihat perempuan sebagai salah satu objek...."
okey, lebih kuarang begitu la dia kata...apa kaitan lelaki dan hijab erk...actually lelaki pun punya hijab...perkara ini jelas dinyatakan dalam suruh an-nur ayat 30 :
"katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikaian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Yap, tak dinafikan...tugas utama adalah pada pihak lelaki...iaitu "menundukkan pandangan" namun ayat SENTAP yang saudara Afiq ni lontarakan adalah "bagaimana lelaki nak jaga pandangan jika perempuan tak berikan kerjasama????"
Betul jugak kan...memang terseksa lelaki-lelaki zaman sekarang...bila hijab dan aurat seorang perempuan tidak terjaga memang akan banyak lah berlaku kes-kes yang tidak diingini....aku ingat susah nak jadi perempuan ni, yelah lah nak jaga itu ini...tapi bila aku muasabah balik susah jugak nak jadi lelaki ni ya...tanggunjawab yang mereka galas itu adalah lebih berat....~ ~ ~
renung-renungkanlah dan banyak kan muasabah....=)
p/s: sangat sedih bila tahu saudara Mas Afzal telah lama meninggal dunia....aku pun tak tahu kenapa dah lama aku tak bukak belog arwah....dammm!!!! sedih sangat....her writing so inspiring me a lot...full with motivation spirit....sangat mengkagumi arwah....





2 kaki-kaki kepoh yang best:
Seusai perjalanan kita sebagai seorang pelajar demi menuntut ilmu, pasti kita tidak akan pernah dapat lari dari menghadapi pelbagai mehnah, tribulasi, duri & onak cabaran yang kadangkala bisa menggugat kesabaran yang selama ini kukuh berkubu di lubuk qalbu.
Situasi ini sebenarnya merupakan suatu lumrah dalam kehidupan kita semua sebagai hamba-Nya yang amat lemah di sisi-Nya ini. Allah S.W.T. menegaskan di dalam Firman-Nya, Mafhumnya :
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)?"
{Surah Al-Ankabut; Ayat 2}
Namun, jadikanlah ianya sebagai suatu pencetus atau suntikan motivasi untuk melonjakkan kita maju ke hadapan dalam menggapai sinar kebahagiaan dan kejayaan yang lebih gemilang serta menjadi insan yang terbilang di masa hadapan Insya Allah.
Yakinlah bahawa, jika niat kita adalah untuk melakukan sesuatu kebaikan, maka pasti Dia akan membantu kita. Jadikanlah Firman Allah S.W.T. ini sebagai azimat hidup, yakni Firman-Nya yang bermaksud :
"Hai orang-orang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Dia akan membantu serta mengukuhkan kedudukanmu"
{Surah Muhammad; Ayat 7}
Saya mendoakan agar Faz akan sentiasa tabah dalam menghadapi segala badai serta ombak ganas dugaan yang sentiasa menghunjam sebuah dataran pantai hati yang suci bersih, beserta niat yang ikhlas dalam menuntut Ilmu-Nya Yang Maha Luas ini.
May Allah S.W.T. shines a brighter path for your future life ahead, Amin Ya Robbal 'Alamin =D
windu awak laaa
Post a Comment